imperfection is like an additional flavour along the way to mature
Thursday, October 31, 2024
Nusantara
Aku asal Johore. Memang asli Johore sebab mak pak memang orang Johor. Jadi kami kan memang sempadan dengan Indonesia & Singapura. Then aku ada cousin di Singapura Dan Indonesia. Yang belah Singapura kami memang akan jumpa especially time wedding. Memang dorang akan turun. Time tu la utk kami jumpa, bergambar, berbual,and so on~ even Singapura tu boleh dilihat dengan menoleh kanan je Dari Stulang. Tapi paling lah jarang ke sana. Kerana jammed bethollllll. Jadi kami jmpe bila mereka ke sini aje.... So family dr Singapura adalah sebelah mak aku. Then belah Indonesia pulak...sebelah arwah abah. Hasil perkhawinan arwah pak long dengan orang sana. Indonesia dekat je..belah Riau. Jadi 2021, baru kami berkesempatan berjumpa cousin aku. So kami Pon ke sana menaiki ferry. Melimpas laut china selatan ke? Eh entah ek. Yang penting, sampai lah setelah mengharungi 3 jam atas air. Ferry selesa, bebas, mesra pengguna. Cousin cousin aku ni ada 3 beradik. Walaupon baru pertama Kali berjumpa, kemesraan kami ni seolah-olah kami dah kerap berjumpa. Mereka menyambut baik kedatangan kami. Belah sana aku bole cakap surga soping. Tapi tak bnyk pilihan. Maksudnye limited barang-baramg terjual. Popularnya telekung, daster (baju tido), atasan (blouse), kain kain sulam bnyk. Aku suka daster. Cari brand Marissa. Cantik,selesa,kain sejukkkk. So kapan kapan mampir la ke sini. Untuk merasa di tempat orang. Aku baru cover area Dari dermaga ke batu 7 gitu. Tapi aku kan suka makan. Jadi makanannya enak. Pisang molen tu rare. Yg lain cemilan tu biasa la keripik malinjo Dan apa Tah nama nama yang lainnya. Kalau mak aku, sukanya cari gula melaka original. Sana memang original. Buat kuih memang ngam. Enakkkkk. Apa apa pun, aku bersyukur. Punya keluarga besar. Walau kami dipisahkan dengan sempadan, tapi hati kami tetap satu. ♥️♥️
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment